- dibentuk kerana desakan daripada orang Melayu kepada British yang menginginkan perubahan di dalam bidang politik di Tanah Melayu
FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
- UMNO tidak menuntut kemerdekaan
- gesaan Piagam Atlantik 1945 yang tidak menggalakkan sebarang bentuk penjajahan baru malah meminta negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan
- sokongan bekas pegawai-pegawai British seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O. Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi
- sokongan pegawai-pegawai tinggi British seperti Sir Malcom MacDonald dan Sir Edward Gent
- sikap politik orang Melayu yang sederhana di mana mereka hanya bertindak dengan cara berdemostrasi, berkongres dan juga menulis di dada-dada akhbar
- ketegasan orang Melayu menentang Malayan Union
- perpaduan orang Melayu daripada semua golongan
LANGKAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
- British memperkenalkan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu
- Mereka telah mengadakan mesyuarat di King's House, Kuala Lumpur dan orang Melayu telah membuat lima tuntutan antaranya :
- Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union
- mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union
- mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
- menuntut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri Melayu diakui semula
4. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh
5. Mereka menentang dengan cara melakukan demostrasi,mogok dan ceramah politik
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Ciri-Ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948:
- sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
- Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
- konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan
- Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
- Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
Antara Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu
- 9 orang Raja Melayu terlibat dan sultan yang bersuara tegas ialah Sultan Badlishah(Kedah), Sultan Abdul Aziz(Perak) dan Sultan Ibrahim (Johor)
- rakyat yang diwakili oleh para pembesar iaitu Dato' Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan) Dato' Onn Ja'afar (Menteri Besar Johor & Yang Dipertua UMNO)