Diisytiharkan pada 1 April 1946 di King's House, Kuala Lumpur.
- merupakan salah satu usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa Malaysia yang telah di bina sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
FAKTOR PENGENALAN MALAYAN UNION
- membetuk bangsa MalayanUnion
- menjimatkan kos pentadbiran penjajah British
- mengawal kuasa politik orang Melayu
- melahirkan pentadbiran yang licin
- persediaan untuk membentuk kerajaan sendiri
CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION
Perjanjian yang termeterai ini telah menggabungkan semua negeri yang terdapat di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran pada ketika itu.
Antara syarat utama perjanjian ini ialah:
- semua Negeri Melayu Bersekutu(Perak,Selangor,Pahang,Negeri Sembilan), Negeri Melayu Tidak Bersekutu(Kedah,Kelantan,Terengganu,Perlis,Johor) dan juga Negeri-Negeri Selat(Melaka,Pulau Pinang,Singapura) disatukan.
- seorang Gabenor British dilantik baginda Ratu England untuk mengetuai Malayan Union
- Majlis Eksekutif dan Majlis Uundangan Malayan Union dibentuk
- Singapura diasingkan kerana berperanan sebagai pelabuhan bebas
- kewarganegaraan berdasarkan Prinsip Jus Soli menjadi asas kerakyatan MalayanUnion
- Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
- seorang Pesuruhjaya British dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION
Kebanyakan penduduk Tanah Melayu pada ketika itu menentang Malayan Union.
Penentangan itu berlaku disebabkan oleh:
- tindakan Sir Harold Mac Michael mengugut Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union seperti mana yang telah berlaku kepada Sultan Badlishah di Kedah
- sultan tidak diberi masa untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri tentang Malayan Union dan peristiwa ini telah berlaku ke atas Sultan Perak pada ketika itu
- terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union dengan pihak British atas dasar setia kawan dan hal ini ditunjukkan oleh Sultan Selangor dan Sultan Johor pada zaman itu.
Antara gambar -gambar penentangan orang Melayu terhadap penentangan Malyan Union
Orang Melayu pada ketika itu menentang Malayan Union dengan cara:
- membuat demostrasi secara damai dan besar-besaran
- menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
- menghidupkan persatuan-persatuan yang menentang Malayan Union
- peranan akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu,Majlis dan Warta Negara yang menyuarakan bantahan secara berterusan
- orang Melayu berkongres menubuhkan United Malays Organisation (U.M.O.) sebagai benteng untuk menentang Malayan Union
- mengadakan Kongres Melayu pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,Kuala Lumpur
- orang Melayu mengadakan rapat umum di bandar-bandar besar sebagai tanda bantahan .
Kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini, pembentukan Malayan Union telah menyatukan orang melayu untuk bangkit berjuang dalam menentang kuasa asing demi menjaga status quo mereka. Langkah proaktif yang telah dilakukan orang Melayu ini telah mendorong British untuk berunding dengan Raja-Raja Melayu.Lanjutan itu, hasil rundingan antara dua pihak ini telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan