SISTEM AHLI
- Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain mentadbir Tanah Melayu
- Dilaksana pada Januari 1951 hingga Jun 1955 sebelum pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
- Idea Dato' Onn Ja'afar ketika berbincang dengan Sir Henry Gurny di Kuala Lumpur
- Selaras dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi
- dapat mengurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya
Ciri-Ciri Sistem Ahli:
- sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh masyarakat
- anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli
- pelantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan persetujuan Raja-Raja Melayu
- terdiri daripada 9 orang anggota iaitu 5 penduduk Tanah Melayu(3 Melayu, 1 Cina dan 1India ) dan empat orang Pegawai British
- ahli-ahlinya diletakan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British